Penulaju Sdn Bhd donated RM10,000 to Seri Mengasih Centre for its Amazing Heroes Run 2018 during a Chinese New Year celebration on the 22nd of February 2018. The company Director, Mr Wong Foo Tuang handed over the mock cheque to Seri Mengasih’s Executive Director Mdm Monica Chua, which was witnessed by our honourable guests, YB Datuk Edward Yong Oui Fah and his wife, Datin Mary Yong.

Seri Mengasih Centre is very grateful and acknowledges Penulaju Sdn Bhd as the first business establishment to respond to Seri Mengasih’s request for financial assistance for the Heroes Run, its current fundraising project.


 

KOTA KINABALU: Pusat Seri Mengasih di Tanjung Aru di sini, masih memerlukan dana bagi membiayai kos operasi dan keperluan pelajar di pusat itu yang mencecah RM70,000 sebulan.

Pengarah Eksekutif Pusat Seri Mengasih, Monica Chua, berkata berikutan itu pihaknya berusaha menganjurkan lebih banyak program amal bagi mendapatkan dana untuk keperluan operasinya.

“Ini termasuk usaha menganjurkan beberapa acara tahunan kerana perbelanjaan untuk membayar gaji pekerja di pusat ini sahaja berjumlah kira-kira RM25,000 sebulan.

“Kami berterima kasih kerana menerima dana berjumlah RM10,000 hari ini daripada syarikat Penulaju Sdn Bhd (Penulaju) dan ia akan digunakan untuk menampung kos operasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Sambutan Tahun Baharu Cina yang disempurnakan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Edward Yong Oui Fah dan isterinya, Datin Mary Yong di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Panulaju, Wong Foo Tuang.

Pusat Seri Mengasih mempunyai 42 kakitangan dan 104 pelajar mengalami masalah kecacatan intelek, autisme, paralisis, sindrom Down dan cerebral palsy.

Chua berkata, pusat berkenaan akan berpindah ke bangunan baharu yang mempunyai dua blok menempatkan bilik darjah dan asrama dengan keluasan 12,141 meter persegi di One Sulaman, Kingfisher, dekat sini, akhir tahun ini.

Sementara itu, penghuni Pusat Seri Mengasih, Jamil Abbas, 33, berkata dia tidak pernah jemu meraikan pelbagai perayaan termasuk Sambutan Tahun Baharu Cina setiap tahun di pusat itu.

Anak keenam daripada 10 beradik itu tinggal bersama ibu saudaranya, Siamna Taim, 54, di pusat berkenaan sejak berusia dua bulan kerana berasal dari keluarga susah.

Jamil yang mengalami Syndrome Down sejak kecil bersekolah di Pusat Seri Mengasih sejak berusia sembilan tahun dan dibesarkan oleh Siamna, ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang masak di pusat berkenaan.

“Saya gembira tinggal di sini kerana dapat meraikan pelbagai perayaan,” katanya yang kini mengambil upah dengan bekerja di pusat cuci kereta di Pusat Seri Mengasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: